Ketua Penerangan JMM, Faizan Mohd. Nor berkata, laporan itu dibuat berdasarkan dakwaan bahawa portal yang dimiliki syarikat Inside Media Sdn. Bhd. itu menerima wang tunai berjumlah hampir RM3 juta bagi membiaya portal tersebut.

Katanya, pihak polis juga diminta menyiasat akaun bank barisan editorial yang disyaki menerima dana bagi menabur fitnah yang dibuat pembangkang.

"Jadi saya meminta pihak polis membuka kertas siasatan bagi menyiasat akaun bank syarikat Inside Media Sdn. Bhd. yang disyaki menerima dana daripada pihak luar negara.

"Perkara ini sangat serius kerana portal ini dilihat bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada dan mengancam keamanan negara," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.-UTUSAN ONLINE