Beliau berkata, dalam serbuan tersebut anggota JKDM bertugas telah bertindak merampas lima kotak barangan yang diikrar sebagai perkakas dapur, namun dua daripada kotak tersebut mengandungi 25kg dadah ya g disorokkan didalam bekas air.

“Hasil pemeriksaan mendapati dua daripada lima kotak yang dirampas mengandungi enam bekas air anti karat dan didalamnya terdapat dadah jenis methamphetamine, jumlah dadah yang dirampas ialah seberat 25kg dan dianggarkan bernilai RM1.7 juta.

“Kotak-kotak yang dirampas itu tiba melalui penerbangan Thai Airways dari India dan KLIA merupakan destinasi terakhir” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE