Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

JKDM rampas 400 kg sisik tenggiling bernilai RM5 juta

Seludup tenggiling tumpas
PENGARAH JKDM KLIA, Datuk Hamzah Sundang menunjukkan sisik tenggiling seberat 400 kg yang berjaya dirampas pihaknya semalam di Gudang Kargo Udara, Zon Perdagangan Bebas KLIA. - UTUSAN ONLINE/ZAKI AMIRUDDIN

SEPANG 16 Jun - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya mematahkan penyeludupan sisik tenggiling seberat 400 kilogram (kg) bernilai RM5 juta.

Pengarah JKDM KLIA, Datuk Hamzah Sundang berkata, sisik tenggiling yang dimuatkan dalam 16 kotak itu tiba dengan penerbangan Turkish Airlines dari Ghana ke KLIA semalam pada pukul 9.50 malam itu.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat, bahagian penguatkuasa JKDM KLIA telah melakukan pemeriksaan di Gudang Kargo Udara, Zon Perdagangan Bebas KLIA dan merampas sisik itu kerana tersenarai dalam barang larangan import.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas 16 kotak tersebut telah menemukan 400 kg sisik tenggiling yang dianggarkan bernilai RM5 juta, kesemua sisik itu dirampas kerana merupakan barang larangan import.

“Rampasan ini merupakan yang kedua terbesar berjaya ditumpaskan, siasatan awal menunjukkan sisik yang dirampas dicatatkan sebagai cengkerang tiram di dalam surat muatan udara yang menggunakan alamat penerima palsu di Sepang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Hamzah, pengimportan sisik tenggiling adalah dilarang pengimportannya di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017, Butiran 1, Jadual Ketiga, Bahagian III, kecuali dengan permit import daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain