Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, berdasarkan maklumat dari pihak berkuasa Macau, Jho Low telah meninggalkan wilayah berkenaan dua hari lalu.

“Kita telah menerima makluman menerusi e-mel daripada pihak berkuasa disana yang mana dia (Jho Low) telah meninggalkan wilayah tersebut.

“Bagaimanapun kita tidak menerima sebarang maklumat ke mana beliau pergi setakat ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Perasmian Program Derma Darah Sempena Hari Polis ke-211 di Bukit Aman hari ini. - UTUSAN ONLINE