Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, PDRM telah menghantar surat permohonan rasmi kepada pihak berkuasa Macau namun masih belum menerima sebarang maklum balas. 

“Kita dimaklumkan Jho Low berada di Hong Kong dan apabila pasukan PDRM tiba di sana, pihak berkuasa Hong Kong mendapat maklumat dia telah berlepas ke Macau melalui feri.

“Jadi kita telah menulis surat rasmi kepada pihak berkuasa Macau dan jika mereka sahkan dia berada di sana, tindakan akan diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-83 Koperasi PDRM Berhad di Kuala Lumpur hari ini.- UTUSAN ONLINE