GOBIND SIGH DEO
GOBIND SIGH DEO 

Menteri Komunikasi dan Multi­media, Gobind Singh Deo berkata, mene­rusi statistik Ja­batan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah ber­kenaan merupakan pening­katan ketara berbanding 10,203 kes de­ngan nilai kerugian RM183 juta sepanjang tahun lalu.

Sehubungan itu, jelas beliau, satu jawatankuasa kerja akan ditubuhkan pada waktu terdekat untuk memerangi jenayah siber melibatkan kementeriannya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), PDRM, Bank Negara Malaysia (BNM), syarikat-syarikat telekomunikasi dan institusi-institusi kewa­ngan.

“Empat penipuan yang pa­ling banyak kini adalah penipuan telekomunikasi seperti Macau Scam, pinjaman tidak wujud, 419 scam atau yang juga dikenali sebagai African Scam serta penipuan yang berkaitan dengan pembelian dalam talian,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh; Pengerusi SKMM, Al-Ishsal Ishak dan Ketua Setiausaha Ke­menterian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Dr. Mohd. Ali Mohamad Nor.

Ujar Gobind, siri perbincangan sedang dijalankan dengan pel­bagai pihak berkaitan dan penubuhan jawatankuasa itu dijangka dapat dimuktamadkan akhir bulan ini.

“Kementerian juga akan melihat langkah-langkah lain termasuk mengetatkan peraturan-peraturan bagi meluaskan skop serta me­ning­katkan penguatkuasa­an,” katanya.

Selain itu, katanya, pihak­nya juga mengambil kira cadangan JSJK supaya syarikat-syarikat telekomunikasi menaik taraf sistem agar boleh membantu polis untuk mengesan alamat protokol internet (IP) yang digunakan oleh penjenayah siber.

Dalam pada itu, Go­bind memberitahu, seba­nyak 700,000 nombor tele­fon prabayar yang diragui sedang diperiksa kesahihan­nya bagi membantu menangani ma­salah jenayah siber.

Katanya, perkara ber­kenaan sedang dilakukan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi untuk memastikan semua nombor yang aktif disahkan dan mengandungi maklumat terkini pengguna.

“Perkhidmatan nombor prabayar akan ditamatkan sekiranya pengguna atau individu tersebut gagal mengemas kini maklumat.

“Maklumat-maklumat tersebut akan disemak semula dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Langkah ini telah bermula pada Mac lalu dan dijangka selesai November ini," katanya.