Janin itu ditemukan pada pukul 10 pagi ketika pekerja terbabit sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, kawasan itu adalah berpagar dan tidak dilengkapi kamera litar tertutup.

“Polis masih menyiasat pihak yang terlibat membuang janin itu dan akan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

“Janin lelaki yang belum dikenal pasti itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE