Muhammad Yusoff (BN - Sungai Dua) berkata, antara kes berkenaan termasuk pertuduhan yang sedang dihadapi oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri.

Katanya, BN memohon supaya kes membabitkan Guan Eng diteruskan sehingga di bicarakan di mahkamah.

“Berdasarkan rekod, sejak 1 Jun lalu sehingga 3 Ogos, sebanyak lima kes melibatkan sembilan individu telah digugurkan mahkamah atas persetujuan dan arahan Peguam Negara sebaik sahaja Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran.

“Ini termasuklah kes yang dihadapi Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Tian Chua malah terdapat kes membabitkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) turut digugurkan,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE