Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kecekapan polis dalam mengendalikan kes sedemikian tidak perlu diragui. 

"Sebab itu sehingga kini telah banyak pihak yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan di Taman Pelangi. 

"Polis telah mengenal pasti pasti individu yang terlibat dengan jenayah terancang, sekiranya berlaku sesuatu polis akan dapat kesan dengan cepat," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Transformasi Sosial (PTS), di Taman Tampoi Utama, di sini sebentar tadi. 

Ahad lalu, seorang gangster berusia 44 tahun maut selepas ditikam dan digilis dengan kenderaan di sebuah stesen minyak, ketika sedang berhenti untuk mengisi angin tayar kenderaannya. - UTUSAN ONLINE