Jamal Md Yunos

Jamal ditahan sepasukan anggota polis Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kira-kira pukul 9 malam dipercayai berkaitan de­ngan ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim.

Sema­lam, Ja­mal yang juga Pe­mimpin Gerakan Baju Merah tam­pil di Perhimpunan Agung UMNO 2017 bersama tukul besi besar dan gambar Zaid sebagai simbolik penentangan rakyat Selangor terhadap kebiadaban ahli DAP itu mencela Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau turut memberi pe­nerangan kepada orang ramai yang ditemuinya tentang penghinaan yang dilakukan Zaid terhadap Sultan Sela­ngor.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah mengesahkan penangkapan Jamal dan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat meme­cahkan keamanan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Ujarnya, selain Jamal, tiga individu turut dipanggil polis bagi membantu siasatan.

"Polis mengambil keterangan mereka bagi membantu siasatan.

"Mereka memberi kerjasama penuh kepada polis," katanya di sini.