Wari Kiew
Wari Kiew

Laporan itu dibuat penguat kuasa jabatan tersebut di Ibu pejabat Polis daerah (IPD) ini pagi ini.

Difahamkan, kedatangan pasukan penguat kuasa tersebut pagi ini adalah untuk membuat penahanan terhadap seorang penceramah yang sebelum itu mengadakan kuliah agama harian di situ.

Walau bagaimanapun pasukan tersebut telah dihalang oleh para petugas pusat tahfiz milik persendirian itu.

Ketua Polis daerah, Superintenden Wari Kiew ketika dihubungi mengesahkan laporan polis yang dibuat dan siasatan telah dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas.

Katanya, setakat ini pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan tiada tangkapan dibuat.

Dalam pada itu, pihaknya masih memburu seorang lelaki yang menikam seorang pemandu bas di Stesen Bas Ekspres di Bukit Lagi di sini, 16 November lalu, gara-gara ditinggalkan semasa dia ke tandas di Alor Setar, Kedah. - UTUSAN ONLINE