Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jaga maut ditetak, ditikam bertubi-tubi

SEORANG lelaki mati ditetak di hadapan pondok pengawal di Bukit Kemandul, Teluk Panglima Garang, Kua
SEORANG lelaki mati ditetak di hadapan pondok pengawal di Bukit Kemandul, Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor, semalam.

KUALA LANGAT 3 Mac – Polis menasihati orang ramai supaya tidak memanipulasikan kes seorang pe­ngawal keselamatan di sebuah tapak pembinaan di Bukit Kemandul, Teluk Panglima Garang yang ma­ut selepas ditetak dan ditikam bertubi-tubi oleh sekumpulan lelaki pada awal pagi ini sebagai isu perkauman.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 3.15 pagi itu, mangsa, Mohd. Yasim Ghazali, 50, sedang bertugas di tapak pembinaan tersebut bersama seorang lagi rakannya sebelum didatangi empat orang lelaki.

Ketua Polis Daerah Kuala La­ngat, Superintenden Azman Abdul Razak berkata, mangsa ketika itu berada di dalam pondok pengawal dan keempat-empat lelaki itu cuba menetak rakan sekerjanya di bahagian luar tetapi tidak berjaya kerana sempat melarikan diri.

Menurutnya, mangsa yang ber­gegas keluar bagaimanapun di­se­rang sehingga maut di tempat kejadian akibat tetakan dan tikaman.

“Mangsa ditetak di bahagian belakang kepala, telinga kanan, satu kesan lubang di dahi dan 20 kesan tikaman di belakang badan.

“Siasatan awal polis mendapati punca kejadian disebabkan oleh perebutan kawasan kawalan kese­lamatan.

“Polis menolak sebarang unsur perkauman dan minta orang ramai tidak memanipulasi kes ini,” kata­nya di sini.

Mengulas lanjut, Azman memberitahu, tempat kejadian merupakan kawasan terpencil dan pos pe­ngawal pula tidak memiliki bekalan elektrik serta kamera litar tertutup (CCTV).

“Setakat ini sebanyak empat lelaki ditahan di sekitar daerah ini untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain