Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, aktiviti tersebut dijalankan oleh warga Bangladesh ditingkat atas sebuah kedai mini yang dijadikan pejabat.

"Berdasarkan maklumat yang diperoleh syarikat yang sudah beroperasi lebih setahun itu mengenakan bayaran antara RM5,500 hingga RM8,000 bagi seorang PATI yang didaftarkan.

"Sebanyak 85 naskah pasport kebanyakannya pasport Bangladesh, dokumen pelbagai syarikat dan dokumen Imigresen telah dirampas dalam serbuan tersebut," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, wang tunai berjumlah RM16,600 yang dipercayai hasil daripada menjalankan aktiviti tersebut telah dirampas.

Turut ditahan seorang lelaki warga Bangladesh yang dipercayai terlibat secara langsung dalam membuat urusan Rehiring. - UTUSAN ONLINE