Perintah reman sehingga hari Sabtu ini dikeluarkan oleh Majistret Nor Ariffin Hisham mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah terhadap kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun yang dibawa ke Mahkamah Majistret di sini.

Mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 iaitu melakukan khianat dengan api,  Seksyen 148 (merusuh), Seksyen 427 (melakukan khianat) dan Seksyen 447 (pencerobohan jenayah), kesemuanya di bawah Kanun Keseksaan.

Sementara itu, mahkamah melanjutkan tempoh reman selama tiga hari lagi terhadap dua wakil syarikat pemaju, One City Development Sdn Bhd (One City) yang dipercayai menjadi dalang insiden kekecohan.

Perintah reman bermula esok sehingga Sabtu ini bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap kedua-dua suspek termasuk Penasihat Undang-undang syarikat pemaju itu yang tempoh reman mereka tamat pada hari ini.

Kedua-dua lelaki berusia 40-an itu yang disiasat mengikut seksyen dan akta sama sebelum ini direman dua hari sejak semalam ketika dibawa ke mahkamah tersebut bersama 14 suspek lain. - UTUSAN ONLINE