Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, dua individu terbabit ialah penyanyi daripada sebuah kumpulan R&B yang hanya dikenali sebagai Firdaus dan seorang rakan artis Ahmad Tajuddin atau Taj.


“Setakat ini, kita dapat menghubungi kedua-dua individu terbabit namun mereka masih belum tampil di mana-mana balai polis bagi membantu siasatan. Maklumat yang kita diterima Firdaus berada di Johor manakala Taj tidak dapat dikesan. 


“Oleh demikian, kita memberi masa sehingga esok kepada mereka bagi membantu siasatan. Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, kita akan mengeluarkan gambar mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE