Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Isa Samad ditahan SPRM

Bantu siasatan kes pembelian dua hotel mewah oleh FIC

MOHD. ISA ABDUL SAMAD tiba di Ibu pejabat SPRM, semalam, bagi
MOHD. ISA ABDUL SAMAD tiba di Ibu pejabat SPRM, semalam, bagi memberi keterangan berhubung dua buah hotel di Kensington, London dan Kuching, Sarawak oleh FIC. UTUSAN/RASHID MAHFOF

PUTRAJAYA 15 Ogos - Kes pembelian dua hotel mewah oleh Felda Investment Corporation (FIC) yang didakwa wujud penye­le­wengan jutaan ringgit sampai kemuncaknya apabila Suruhanjaya Pen­cegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad selepas hadir memberi keterang­an di Ibu pejabat SPRM di sini hari ini.

Difahamkan, Mohd. Isa yang juga merupakan bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu pembe­lian dua buah hotel di Kensington, London dan Ku­ching, Sarawak oleh FIC sekitar 2013 hingga 2015.

Menurut sumber, Mohd. Isa ditahan pada pukul 4.24 petang selepas hadir memberi keterangan di Ibu pejabat SPRM di sini.

Terdahulu, Mohd. Isa tiba di ibu pejabat suruhanjaya ber­kenaan kira-kira pukul 2.40 petang bersama-sama dua orang peguamnya namun hanya beliau seorang sahaja yang dilihat memasuki bangunan tersebut.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan Mohd. Isa akan direman di Mahkamah Majistret Putrajaya esok.

Beliau berkata, penahanan itu adalah tindakan susulan hasil daripada keterangan yang sudah dirakam oleh pasukan penyiasat berhubung pembelian dua hotel berkenaan sebelum ini.

“SPRM yakin mempunyai asas yang kukuh untuk membuat penahanan berkenaan supaya dapat membantu melengkapkan siasatan kes tersebut,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Pada 22 Jun, Mohd. Isa telah dipanggil memberi keterangan berhubung kemelut yang melanda FGV bersama-sama isterinya, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd. Khalid.

Sehingga kini sebanyak sembilan individu telah ditahan manakala lebih 30 saksi telah dipanggil berhubung isu pembelian kedua-dua hotel mewah tersebut.

Sebelum ini, FIC dilapor mem­belanjakan jutaan ringgit pada 2013 hingga 2015 bagi membeli dua buah hotel empat bintang namun pembayaran dipercayai dibuat melebihi harga pasaran.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain