Kuala Lumpur 14 Mei 2012 - Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik
Tan Sri Noor Rashid Ibrahim

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, Mohd. Isa akan dipanggil selepas pihaknya meneliti setiap dokumen berkaitan dan merekodkan keterangan daripada pengadu kes tersebut dalam masa terdekat.

“Buat masa ini, kita telah merekodkan keterangan kira-kira lima saksi yang terdiri daripada pegawai Pejabat Tanah dan Galian, pegawai pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan beberapa pegawai daripada Felda sendiri.

“Setelah meneliti dokumen, kita dapati ada unsur untuk jalankan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan pemalsuan dokumen,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE