Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Interpol buru empat warga Korea Utara

Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar

PUTRAJAYA 16 Mac – Polis antarabangsa (Interpol) telah mengeluarkan notis merah untuk menahan empat warga Korea Utara yang dikehendaki berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam pada 13 Februari lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, empat suspek terbabit dipercayai berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) semasa insiden abang kepada pemimpin Korea Utara itu diracun oleh dua orang wanita yang telah pun didakwa di mahkamah.

Beliau berkata, keempat-empat suspek itu kini dipercayai be­rada di Pyongyang.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap empat warga Korea ­Utara itu dapat ditangkap segera melalui Interpol.

“Walau bagaimanapun PDRM masih terus melakukan siasatan terhadap kes pembunuhan Jong-nam dan ia belum lagi selesai,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penutup Persidangan Antarabangsa Rohingya, di sini hari ini.

Majlis penutup persidangan itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Empat suspek yang dikehendaki itu ialah Rhi Ji-hyon, 33; Hong Song-hac, 34; O Jong-gil, 55, dan Ri Jae-nam, 57.

Berhubung mayat Jong-nam yang kini masih ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur, Khalid berkata, pihaknya telah menyerahkan kepada Ke­menterian Kesihatan dan Kementerian Luar untuk mengendalikannya.

“Seperti yang kita katakan sebelum ini, pihak polis telah selesai melakukan siasatan ke atas mayat Jong-nam dan kini diserahkan kepada dua kementerian tersebut,” ujarnya.

Polis sebelum ini mengesyaki empat suspek tersebut me­rupakan perancang utama kes pembunuhan Jong-nam.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain