Menurut sumber, kedua-dua suspek berusia 31 dan 33 tahun itu ditahan di Raub, Pahang dan Pulau Pinang dalam operasi berasingan yang dijalankan hari ini.

“Suspek dipercayai bersekongkol dengan peniaga-peniaga air ketum dengan mengambil rasuah sebagai wang perlindungan supaya tindakan undang-undang tidak diambil ke atas mereka,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE