NOOR AZAM JAMALUDIN
NOOR AZAM JAMALUDIN 

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, setakat ini siasatan awal pihak berkuasa tidak menemukan sebarang kesan brek daripada tayar bas tersebut dan pihaknya sedang dalam proses menentukan sama ada pemandu yang turut terbunuh mengantuk atau terlibat dadah.

“Buat masa ini, kita tidak tahu punca kemalangan dan akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui bagaimana ia boleh berlaku.

“Kita juga akan menjalankan siasatan terperinci sama ada pemandu terbabit terlibat dengan dadah atau pun mengantuk ketika sedang memandu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 11.10 malam itu, lima warga Bangladesh, dua warga Nepal, tiga warga Indonesia serta seorang warga tempatan yang dipercayai pemandu bas pekerja berkenaan maut.

Ketika kejadian, bas tersebut dipercayai membawa 43 penumpang dari asrama mereka di Putra Nilai, Negeri Sembilan dan sedang dalam perjalanan menuju ke MASkargo. - UTUSAN ONLINE