Ketua Pengarahnya, Datuk T. Indera Subromaniam berkata, individu tersebut ditahan pihaknya di bandar raya ini, minggu lalu.



“Individu itu ditahan disyaki kerana telah menyamar sebagai pegawai kastam dan menipu masyarakat berhubung pembayaran cukai barang dan perkhidmatan (GST),” ujarnya.



Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penyempurnaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bukit Serampang Indah, Taman Bukit Indah, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE