Ketua Polis negeri, Datuk Aidi Ismail berkata, dalam tempoh itu sebanyak 682 kes dicatat tahun ini berbanding 595 kes bagi tempoh serupa tahun lalu.

Bagaimanapun katanya, hasil beberapa langkah pencegahan dan beberapa siri operasi oleh Polis Kontinjen Terengganu sepanjang April dan Mei tahun ini telah menampakkan impak yang sangat positif.

“Pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) Terengganu akan terus komited dalam meneruskan operasi yang berkaitan bagi menjamin situasi ini agar terus terkawal dengan sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan mesyuarat bersama Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Terengganu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Said Ibrahim.

Dalam lawatan kerja sehari itu, Aidi turut berbuka puasa dan menunaikan solat sunat Tarawih bersama warga polis di Surau Al-Hidayah di Perumahan Polis, Bukit Mentok di sini.

Menjelang perayaan Aidilfitri nanti, Aidi turut mengingatkan masyarakat supaya berhati-hati ketika memandu serta mengambil langkah keselamatan dengan memastikan kediaman tidak menjadi sasaran penjenayah. - UTUSAN ONLINE