Pengarahnya, Hamidi Adam berkata, operasi itu dijalankan kira-kira pukul 2 petang dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Menurut beliau, dalam serbuan itu, pihaknya turut melakukan pemeriksaan terhadap 40 PATI.

“Tangkapan melibatkan lapan lelaki dan lima wanita berusia lingkungan 25 hingga 40-an iaitu empat warga India, Indonesia (5 orang), Bangladesh (2 orang), Pakistan dan Myanmar masing-masing seorang.

“Siasatan mendapati kesemua PATI ini adalah pekerja pelayan di premis menjual karpet berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hamidi berkata, pihaknya terpaksa menyamar sebagai pelanggan untuk mengenal pasti warga asing yang bekerja secara tidak sah di premis terbabit.

Jelasnya, operasi sebegini akan diteruskan bagi memastikan tidak ada lagi lambakan PATI di dalam negara khususnya di ibu negara.-UTUSAN ONLINE