Tertuduh, Siti Rukiah Hassan, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas jurubahasa membaca pertuduhan ke atasnya di hadapan Majistret Nur Syafiqah Noorinda.

Berdasarkan pertuduhan, wanita berkenaan didakwa menyalurkan maklumat palsu kepada polis bahawa terdapat kes lemas di sungai bawah jambatan Felda Jengka 15.

Bagi kesalahan tersebut, tertuduh boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Salam Yusof manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nur Syafiqah menetapkan 2 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan jaminan sebanyak RM1,500 dengan seorang penjamin. - UTUSAN ONLINE