Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd. Rahman berkata, Zuraidah Md. Ali, 35, kritikal akibat kecederaan parah di pergelangan tangan kiri manakala ibu jari tangan kanan pula putus selain cedera di muka.

"Mangsa akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur malam ini juga bagi mendapatkan rawatan lanjut. Mayat ketiga-tiga kanak-kanak itu pula dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk bedah siasat," katanya.

Dalam kejadian pukul 2 petang itu, mangsa, Nur Ziah Fasihah Mohd. Fadzil, 2, dan dua abangnya iaitu Muhammad Firash Zaffril, 3, dan Mohammad Faqhqih Zahirulhaq, 5, maut di tempat kejadian setelah ditetak seorang lelaki yang mengamuk dan meluru masuk ke rumah mereka. - UTUSAN ONLINE