Ibu Muhammad Zahirudin, Sainih Sunding, 46, berkata, ini merupakan kali pertama anak bongsu daripada lima adik beradik yang lebih dikenali sebagai Zahir tidak pulang ke rumah selepas keluar bermain.

Menurutnya, dia juga ada menghubungi rakan-rakan Muhammad Zahirudin jika mempunyai maklumat namun mereka memaklumkan kali terakhir melihat kanak-kanak ketika bermain bersama berhampiran rumahnya.

“Selepas bermain, rakannya pulang ke rumah masing-masing tetapi Muhammad Zahirudin sehingga kini.. tidak pulang.

“Saya juga hari ini pergi mencarinya dengan menaiki bas di sekitar Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota hingga ke Nilai, Negeri Sembilan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut Sainih, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sudah berada di Sungai Semenyih telah memulakan pencarian berhampiran dari pangsapurinya iaitu lokasi terakhir Muhammad Zahirudin dilihat.

Katanya, sehingga kini tiada sebarang petunjuk ditemukan namun pihak bomba memaklumkan akan mula mencari di Sungai Semenyih.-UTUSAN ONLINE