MOHD. KHALIL

Perbuatan itu bagai­ma­­napun terbongkar se­telah suspek berusia 39 tahun itu ditahan di kediamannya, di Taman Bintang, Senai, Rabu lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, wa­nita itu dipercayai telah menjalankan kegiatan tersebut sejak sebulan lalu.

“Ibu durjana ini disyaki telah 'menjual' anak perempuannya dengan meninggalkan mangsa di hotel bersama tiga lelaki warga asing. Siasatan sedang dijalankan dan ketiga-tiga suspek warga ­asing yang terlibat kini diburu polis,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penghargaan Pencegahan Jenayah Kecurian Kabel Telekom Malaysia Berhad Johor di sini hari ini.

Utusan Malaysia difahamkan, ibu berkenaan dipercayai me­nerima bayaran berjumlah RM50 setiap kali menjalankan urus niaga berkenaan.

Ujar Mohd. Khalil, kedua-dua mangsa sudah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk pemeriksaan sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Tambahnya, kes disiasat me­ngikut Seksyen 376 dan 372 Kanun Keseksaan.