Tertuduh, Nisa, 26, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengabaikan anak lelakinya kira-kira pukul 4.30 petang, 22 November lalu di rumahnya di

Nombor 106, Paya Lahar Kepah, Kepala Batas di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit bersalah.

Bayi terbabit meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada 26 November lalu selepas dilaporkan koma dipercayai akibat didera.

Timbalan Pendakwa Raya Roslina Idris yang mengendalikan kes tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Hakim Noor Aini kemudiannya menetapkan 5 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk mendapatkan laporan bedah siasat anak suspek. - UTUSAN ONLINE