Tertuduh Asmani Mat, 31, yang memakai tudung dan kelihatan tenang mengangguk tanda faham setelah pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Ti Pei Si.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan sebutan semula kes ditetapkan pada 20 Julai depan di Mahkamah Majistret Maran.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mustafa manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - UTUSAN ONLINE