Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, ibu bapa suspek tidak mempunyai kaitan dengan kes tersebut jadi polis melihat tiada keperluan mendakwa mereka sebagaimana dihebohkan di media sosial.


“Itu spekulasi sahaja. Tidak perlu diperbesar-besarkan, ibu bapa, saya fikir tidak ada kena mengena dalam kes ini. Kita kena buat saranan yang adil dan sewajarnya.


“Diharap media dan semua pihak tidak buat spekulasi bukan-bukan mengenai perkara ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2017 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini hari ini.


Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan. - UTUSAN ONLINE