Tahanan reman berkenaan dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah, Faridatul Farrah Mohd. Shukri di Mahkamah Majistret, di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini.

Terdahulu, lelaki berusia 47 tahun itu dibawa ke mahkamah berkenaan dengan memakai pakaian lokap berwarna jingga.

Tempoh reman itu dibenarkan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan ke atas suspek mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE