Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, lelaki berkenaan ditahan di rumahnya di Mentakab, Temerloh dekat sini kira-kira pukul 11.30 pagi ini.

"Bertindak atas maklumat, anggota ke rumahnya dan melakukan pemeriksaan.

"Pemeriksaan fizikal tiada barang salah dan lelaki berkenaan ditangkap untuk siasatan lanjut bersabit laporan di Batu Pahat, Johor," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE