MAYAT bayi lelaki yang ditemukan di dalam longkang berhampiran Klinik Desa Bukit Sagu, Kuantan, Paha
MAYAT bayi lelaki yang ditemukan di
dalam longkang berhampiran Klinik
Desa Bukit Sagu, Kuantan, Pahang, semalam.

Namun helah wanita berusia 20 tahun itu terbongkar apabila dia mengaku melakukan perbuatan berkenaan selepas disoal siasat oleh anggota polis.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, pada mulanya wanita tersebut ke balai polis dengan membawa mayat bayi yang masih bertali pusat yang dima­sukkan dalam plastik berwarna biru dan dibalut dengan kertas surat khabar.

Bagaimanapun katanya, selepas disiasat, wanita itu me­ngaku dia adalah ibu kepada bayi tersebut.

“Wanita ini pada awalnya membuat cerita dia dinasihatkan orang ramai agar membawa mayat bayi berkenaan ke balai polis selepas menemukannya kira-kira pukul 4 petang semalam.

“Selepas diasak beberapa soalan oleh anggota polis, dia kemudian mengaku melahirkan bayi berkenaan di rumah teman lelakinya di sebuah kuarters kerajaan di Felda Bukit Sagu di sini,” katanya di sini hari ini.

Menurut Abdul Aziz, selain wanita berkenaan, pihaknya turut menahan teman lelakinya berusia 27 tahun bagi membantu siasatan.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Ke­seksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat.