Sebelum ini jawatan berkenaan dipangku oleh Penguasa Mohd. Sabri Md. Arshad yang juga merupakan Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Perlis.

Anak kelahiran Gong Balai, Marang, Terengganu berusia 41 tahun ini merupakan lulusan Pengurusan Awam dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

Pengarah Penjara Perlis, Penolong Kanan Komisioner Mat Johir Asin menyaksikan penyerahan tugas daripada Mohd. Sabri kepada Hamid di Pusat Koreksional Perlis, Jalan Kok Klang, Chuping.

Pada majlis itu, Hamid turut menandatangani dokumen serah tugas dan menerima tongkat kuasa sebagai Pengarah baharu pusat koreksional berkenaan. - UTUSAN ONLINE