Tertuduh, Rahizani Ibrahim, 42, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyentuh badan dan payudara seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun di dalam kelas di sebuah sekolah kebangsaan di Bachok pada pukul 9 pagi, Mei lalu.

 

Bagi kesalahan kedua, guru Matematik itu didakwa melakukan perbuatan sama terhadap seorang lagi kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun di lokasi sama pada pukul 10.30 pagi, Mei lalu.

 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd Arshad yang tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana dikhuatiri mengganggu mangsa.

Tertuduh pula diwakili peguam Rohizan Othman yang memohon jaminan minimum dibenarkan terhadap anak guamnya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 2 Oktober depan untuk sebutan semula kes. – UTUSAN ONLINE