Sehubungan itu, seorang guru pusat tahfiz berkenaan membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di sini kelmarin.

Menurut sumber, kejadian melibatkan pelajar lelaki berusia antara 14 hingga 17 tahun yang dipercayai dipaksa melakukan hubungan seksual sejenis.

Berdasarkan butiran laporan, kesemua mangsa turut dipukul dan diugut bunuh sekiranya perkara yang dilakukan tersebut terbongkar kepada pengetahuan orang lain.

Sementara Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali mengesahkan menerima laporan polis berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - UTUSAN ONLINE