S. DEV KUMAR
S. DEV KUMAR

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk S. Dev Kumar, suspek tersebut berusia 40 tahun ditahan bagi membantu siasatan di perkarangan Balai Polis Miri pada pukul 3.30 petang.

Jelasnya, perlakuan jenayah itu disedari ibu mangsa setelah anaknya yang kini berusia lapan tahun mengadu bahawa seorang guru kelas mencabul kehormatannya banyak kali dalam bilik darjah di belakang meja guru berkenaan.

“Menurut mangsa, perbuatan mencabul ini telah berlaku banyak kali sejak mangsa darjah satu lagi.

“Suspek akan direman pagi ini untuk siasatan lanjut kerana terlibat kes amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 14 (a) dan 16 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. - UTUSAN ONLINE