MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pada 15 Oktober lalu, mangsa berurusan dengan seorang lelaki bernama Vincent untuk membuat pinjaman wang sebanyak RM10,000 secara dalam talian.

Katanya, lelaki berkenaan bekerja di Syarikat Ringgit Plus di Bangsar, Kuala Lumpur.

“Mangsa telah membuat pelbagai bayaran untuk proses pinjaman sehingga mencecah Rm100,050.00 di dalam 24 kali transaksi kepada lapan akaun bank suspek yang berbeza.

“Bayaran itu dibuat mangsa antara 22 Oktober lalu sehingga 5 November lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, berasa dirinya ditipu mangsa telah membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

“Modus operandi suspek adalah memperdayakan mangsa dengan menawarkan pinjaman wang yang tidak wujud sehingga mendorong mangsa membuat bayaran dan mengalami kerugian,” katanya. - UTUSAN ONLINE