Wanita dikenali sebagai 'Diyaa Kaif' tersebut memuat naik status dalam laman sosial Facebook mendakwa anak saudara lelakinya yang berusia lapan tahun itu ditampar guru terbabit kerana terlanggar tangannya ketika berlari bersama rakan-rakan.

“Difahamkan empat lagi rakan lain turut ditampar cikgu tersebut.

“Sekarang, anak buah saya dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan susulan kerana leher alami kecederaan,” katanya dalam status tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan. - UTUSAN ONLINE