Turut ditahan dalam ope­rasi bersepadu itu ialah empat lelaki warga tempatan yang dipercayai pelanggan kepada kumpulan pelacur terbabit.

Pengarah Imigresen ne­geri, Meor Hezbullah Meor Abd. Malik berkata, pelacur yang ditahan berusia antara 20 hingga 30 tahun dari beberapa negara termasuk Thailand, Vietnam dan Laos.

“Modus operandi kegiatan pelacuran ini ialah langganan yang dibuat menerusi laman web khas atau aplikasi Look Around di dalam WeChat.

“Difahamkan, kebanyakan pelanggan menggunakan aplikasi WeChat dan dikenakan bayaran antara RM180 hingga RM200 untuk setiap perkhidmatan seks yang ditawarkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurut Meor Hezbullah, kesemua pelacur warga a­sing itu kemudian dibawa ke Ibu pejabat Imigresen negeri di Seberang Jaya di sini untuk proses dokumentasi sebelum dihantar ke Depot Tahanan Warga Asing di Juru untuk tindakan lanjut.

Ujarnya, kes disiasat me­ngikut Peraturan 39(b), Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.