Sehubungan itu katanya, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan mempunyai alasan untuk mengelak daripada menjawab tiga soalan mengenai kehilangan sejumlah wang itu.

“Datuk Seri Najib enggan menjawab tentang penglibatan beliau sebagai Menteri Kewangan (dahulu) dalam masalah ini dengan mengatakan bahawa saya harus membuat laporan polis.

“Kerjasama penuh dengan pihak polis menunjukkan kerajaan baharu mahu kebenaran didedahkan dalam skandal ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, Najib mencabar Guan Eng membuat laporan polis berhubung dakwaan RM19 bilion wang bayaran balik GST ‘dirompak’ kerajaan Barisan Nasional (BN). - UTUSAN ONLINE