Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, kesemua suspek berusia antara 23 dan 28 tahun itu ditahan menerusi Ops Limau di empat lokasi berasingan di sekitar bandar raya ini dan Kulai.

Antara barangan yang dirampas.
Antara barangan yang dirampas. 

“Siasatan awal mempercayai kesemua mereka yang positif dadah jenis methamphethamine itu terlibat dalam empat kes pecah rumah termasuk di kondominium di sekitar bandar raya ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, dalam operasi itu,  polis turut merampas pelbagai barangan dan peralatan pecah rumah dari kediaman anggota kumpulan itu di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai termasuk sejumlah dadah jenis syabu dan eramin 5.

Beliau berkata, turut dirampas, sepucuk pistol tiruan serta sebuah kereta yang dilaporkan hilang di Ayer Keroh, Melaka.

“Siasatan mendapati ketua kumpulan terbabit mempunyai sembilan rekod jenayah pecah rumah manakala lima anggota lain mempunyai pelbagai rekod jenayah,” katanya.

Mohd. Taib berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan, Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1969, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya. - UTUSAN ONLINE