Menerusi serbuan kira-kira pukul 4.30 pagi itu, seramai 20 anggota pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Kota Tinggi merampas rokok bernilai anggaran RM80,000.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, aktiviti penyeludupan itu dikesan hasil maklumat awam sebelum pihaknya melakukan intipan.

“Intipan terhadap sebuah kereta mewah jenis Toyota Camry yang mencurigakan berjaya menahan seorang suspek tempatan berusia 48 tahun dan merampas pelbagai jenis rokok seludup

disembunyikan dalam kereta milik suspek berkenaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut menjumpai dua kotak besar dan 10 karton yang berisi rokok seludup pelbagai jenama, satu telefon bimbit dan satu walkie talkie.

“Jumlah keseluruhan rampasan 910 karton iaitu rokok jenama Marboro Ice Brust (650 karton), Marboro Red (100 karton), Marlboro Gold Lights (50 karton), Gudang Garam Surya 16 (100

karton) dan Zhongnanhai 8 (10 karton),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ahsmon berkata, pihaknya juga berjaya menahan sebuah kereta jenis Proton Waja yang dinaiki dua suspek lelaki tempatan berusia 30 dan 36 tahun pada pukul 4.40 pagi di laluan sama di percayai tonto sindiket penyeludupan rokok.

“Turut ditemui dalam keterta tersebut satu bilah parang bersarung (50 cm), satu walkie talkie dan dua telefon bimbit,” katanya. - UTUSAN ONLINE