Presidennya, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, beliau tidak dapat mendedahkan kepada umum mengenai maklumat yang diberikan itu namun pihak SPRM telah berjanji untuk meneliti dokumen-dokumen yang diberikan.

“Saya bersedia untuk dipanggil bila-bila masa oleh pihak SPRM untuk memberi lagi maklumat tambahan sekiranya diperlukan,” katanya kepada pemberita di perkarangan luar Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Minggu lalu, SPRM yang membuka kertas siasatan terhadap Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mendapati sebanyak RM1.5 bilion diseleweng daripada RM7.5 bilion peruntukan kerajaan yang disalurkan antara 2009 hingga 2015. - UTUSAN ONLINE