Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd. Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 11.38 pagi mengenai kebakaran kereta tersebut dan seramai tujuh anggota serta pegawai terlibat dalam operasi pemadaman itu.

“Kebakaran melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil yang terbakar 100 peratus sehingga nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti.

“Kenderaan itu dipercayai sengaja dibakar kerana pergaduhan suami isteri. Tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.