Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd., berkata, pihaknya telah merujuk kertas siasatan kepada pihak pendakwa raya dengan cadangan untuk menuduh kesemua suspek yang berusia lingkungan 21 hingga 67 tahun mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.


“Pada asalnya kita sudah menangkap 17 suspek bagi membantu siasatan dan bercadang untuk menuduh 13 daripadanya termasuk sembilan warga Vietnam,” katanya selepas majlis Perasmian Penutup Kejohanan Bola jaring Piala Ketua Polis Johor di Kompleks Sukan Educity, di sini hari ini. 


Pergaduhan yang berlaku pada pukul 3.25 pagi, Ahad lalu dipercayai berlaku disebabkan berada dalam keadaan mabuk dan berang setelah makanan yang dipesan lambat sampai. - UTUSAN ONLINE