Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, semua suspek berusia antara 20 dan 35 tahun ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) kira-kira pukul 10 malam tadi.

“Semua suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuantan kira-kira pukul 9.30 pagi hari ini untuk proses reman,” katanya di sini hari ini.

Video kejadian berdurasi 1 minit 49 saat tular di media sosial awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi Isnin lalu, seorang lelaki dipercayai pemandu bas ekpres dibelasah sekurang-kurangnya oleh lima lelaki.

Siasatan awal polis mendapati salah faham dan provokasi ketika mangsa membeli makanan di salah sebuah gerai di R&R terbabit sebagai punca kejadian.

Mohamad Noor berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. - UTUSAN ONLINE