Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Gading gajah, sisik tenggiling dari Afrika dirampas

KP JKDM GADING
SUBROMANIAM (tiga dari kiri) bersama Hamzah (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian gading gajah dan sisik tenggiling dari Afrika yang dirampas di Pelabuhan Sepanggar di sini..-UTUSAN

KOTA KINABALU 8 Sept. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya mematahkan cubaan menyeludup gading gajah dan sisik tenggiling dari Afrika bernilai RM80.5 juta.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, kesemua barang larangan iaitu 1,148 gading gajah dengan berat 3,000 kilogram (kg) manakala sisik tenggiling (5,000 kg) itu disembunyikan di sebalik timbunan kacang tanah di dalam sebuah kontena.


Lebih memeranjatkan jelas beliau apabila dua barang larangan itu melepasi pemeriksaan di pelabuhan negara jiran sebelum masuk ke negara ini.


Difahamkan, kapal yang membawa kontena barangan terlarang itu dipercayai lolos pada pemeriksaan di sebuah pelabuhan negara jiran ketika melalui selat Melaka.


“Pada 29 Ogos lalu kira-kira pukul 1 petang, satu penahanan kontena dilakukan sepasukan anggota penguatkuasaan JDKM di Pelabuhan Sepanggar, di sini.


“Hasil pemeriksaan ke atas kontena yang mengikrar dagangan kacang tanah, pasukan penguatkuasaan menemukan 1,148 batang gading gajah dan ratusan guni berisi sisik tenggiling,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Tambah Subromaniam, siasatan awal pihaknya mendapati, kesemua barang terlarang itu dibawa dari Afrika dan dipercayai untuk dihantar ke China.


Ekoran rampasan itu, kata beliau, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan dipercayai ahli perniagaan berusia 43 tahun bagi membantu siasatan.


“Siasatan JDKM dibuat mengikut Seksyen 135(1)(A) Akta Kastam 1967 iaitu mengimport barang larangan jika sabit kesalahan didenda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang dan tidak lebih 20 kali ganda nilai barang, atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain