SHAHURINAIN JAIS
SHAHURINAIN JAIS

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, penyanyi yang juga pengarah dan penerbit pengiklanan, Ahmad Fairuz Ahmad Rosli, 47, yang juga dikenali sebagai Os atau Firdaus itu tampil memberi keterangan di Balai Polis Sentral Johor Bahru di sini pukul 5 pagi.

"Polis sudah memanggil dan mengambil rakaman percakapan ke atas lelaki berkenaan di Balai Polis Sentral pagi tadi.

"Ujian air kencing ke atas lelaki berkenaan turut dijalankan namun keputusannya belum diperolehi serta tiada penahanan dibuat," katanya ketika ditemui di pelancaran Program Ops Selamat 12 Tahun Baru Cina peringkat negeri Johor di Stesen Minyak Shell Batu 12, Kulai, dekat sini hari ini.

Pada 31 Januari lalu, Farid, 37, membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur mendakwa dianiaya tiga rakan artis yang memasukan dadah dalam minumannya.

Susulan laporan itu, pelakon, Sofi Jikan ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara pada pukul 11 malam, 8 Januari lalu selepas dia tampil memberi keterangan berikutan laporan yang dibuat Farid. - UTUSAN ONLINE