Ketiga-tiga mereka yang tiba secara berasingan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan SPRM berhubung kes pembelian sebuah hotel mewah di Kensington, London oleh FIC.

Omar tiba di perkarangan ibu pejabat SPRM pada pukul 10.20 pagi, manakala Nik Azman dan Noor Ehsanuddin tiba pada pukul 10.50 pagi dan 11.15 pagi.

Ketiga-tiga mereka pernah hadir memberi keterangan kepada SPRM pada Selasa lalu.

Sebelum ini, FIC dilapor membelanjakan jutaan ringgit pada 2013 hingga 2015 bagi membeli dua buah hotel empat bintang, namun ketika itu pembayaran dipercayai melebihi harga pasaran.

FIC ditubuhkan FELDA pada 2013 sebagai usaha mempelbagaikan portfolio perniagaan agensi berkenaan, khususnya dalam pelaburan hartanah, perhotelan dan hospitaliti. - UTUSAN ONLINE